
Tak tahu kenapa, kami tetiba teringat kenangan menaiki bas untuk pergi rombongan masa zaman sekolah dahulu. Ahhhh, alangkah indahnya dunia masa zaman tuh. Zaman budak-budaklah katakan. Tak fikir pun apa yang berlaku dekat dunia sekeliling. Zaman yang seronok sebenarnya.
Kalau kita fikir-fikirkan balik kenangan zaman itu, mesti kita teringat jenis-jenis orang yang ada bersama dalam bas rombongan tersebut. Kami akan cuba senaraikan mengikut daya memori kami, jenis-jenis manusia yang selalu berkelompok dalam rombongan sekolah.
1. Murid yang Eksaited
Pada kebiasaannya, mereka yang berada dalam kumpulan ini adalah mereka yang… macam mana nak cakap ye, yang nerd-nerd sikitlah. Lagi-lagi kalau rombongan tuh rombongan pelajaran ke tempat-tempat yang bersumber, seperti Petrosains, atau muzium.
Mereka akan duduk dekat tempat duduk yang paling depan sekali, dan akan dilengkapi dengan buku nota bersama pen atau pensel kegemaran mereka. Mereka duduk depan mungkin juga sebab suka berbual dengan cikgu pengiring.
2. Budak-budak ‘cool kids’
Ha, ini antara kumpulan yang mesti ada dalam setiap rombongan sekolah. Kumpulan budak-budak cool ini biasanya akan ambil tempat duduk yang paling belakang sekali sebab biasanya dlam bas, tempat duduk ini adalah 5 kerusi yang bersambung.
Bila kita fikirkan balik apa rasionalnya pun tak tahu lah, sebab kalau nak diikutkan, tempat duduk yang paling belakang sekalia dalam bas ini adalah tempatduduk yang paling tidak selelsa, lagi-lagi kalau jalannya berbatu dan tidak sekata. Mahu kebas punggung bila sampai nanti.
3. Mereka yang suka berkepit.
Ha ini satu kumpulan manusia lagi nih. Mereka yang selalu nak berkepit dengan kawan diorang. Biasanya, pada permulaan rombongan, mereka akan ‘cop’kan tempat sebelah mereka untuk kawan mereka itu. Maka kita terpaksalah cari tempat duduk yang lain.
Sepanjang perjalanan itu mereka akan mulalah berbual ikut dunia mereka sendiri. Nightmare diorang adalah kalau cikgu yang tetapkan tempat duduk, dan mereka tidak dududk bersama kawan mereka (sebab cikgu nih terkadang suka menyakat juga). Mulalah satu perjalanan rombongan itu mereka buat hal dan muka monyok.
4. Budak yang asyik nak ke tandas
Golongan ini yang selalunya membuatkan perjalanan yang sepatutnya setengah jam menjadi satu jam. Walaupun baru bergerak selama 10 minit, dah merengek mahu ke tandas. Kalau bas itu lalu jalan biasa, takpa lah. Boleh singgah mana-mana. Kalau dekat atas highway, macam mana? Yang paling durjana, apabila mereka tidak tahan, dan langsung melabuhkan tirai di atas bas. Dah, habias satu bas terkena impaknya.
5. Budak clueless
Setiap rombongan, mesti ada sekurang-kurangnya seorang yang macam ni. Mereka tidak tahupun rombongan itu pergi mana sebenarnya. Yang mereka tahu, mereka dapat naik bas, dan tak payah masuk kelas. Mereka biasanya akan tidur sepanjang perjalanan, dan apabila sampai dekat destinasi, akan menjadi macam biskut sepanjang berada di situ. Sekejap ada, sekejap tiada.
Lengkap tak senarai kami ini? Dalam rombonga sekolah anda, ada golongan lain ke? Cuba cerita sedikit. Itulah, kami pun tidak tahu kenapa tetipa teringat masa rombongan naik bas masa sekolah dulu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.