Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak perempuan yang dibuli kerana keadaan adiknya yang menghidap penyakit Snyder-Robinson syndrome.
Video adik Chenta Sumayyah menangis meluahkan rasa sedihnya tular di Tiktok hingga mendapat perhatian netizen dan Pagi Di SINAR. Pagi Di SINAR sempat menghubungi ibu Chenta, Puan Ain mengenai kejadian tersebut pada Jumaat lalu.
Semalam, Jep dan Rahim meluangkan masa ke Alor Setar, Kedah untuk menemui Chenta serta adiknya Aqil Sudais.
Ketika ditemui, Puan Ain sempat berkongsi cerita dan hadiah yang diberi Chenta kepada adiknya Aqil. Menurut Puan Ain, Chenta sanggup mengumpul duit belanja dan hanya bergantung kepada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk membelikan adiknya hadiah sempena ulang tahun kelahiran keempat.
“Adik, kalau kakak ada duit, kakak beli kerusi roda.
“Adik sihat selalu, Selamat Hari Jadi Muhammad Aqil Sudais bin Muhammad Jefri.” tulis Chenta pada kad untuk adiknya.
“Kakak tahu adik sakit. Adik jangan sedih lagi.
“Adik, kakak sedih adik. Yang ni je kakak mampu,” tulisnya lagi.
Jep kelihatan menahan sebak ketika membaca kad tersebut dan Rahim turut mengalirkan air mata mengenangkan betapa besarnya jiwa seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.