Jepun sangat terkenal dengan kemajuan ketetapan masa dan teknologi. Kalau tengok negara matahari terbit itu, boleh dikatakan negara mereka satu langkah ke hadapan dalam bidang teknologi. Keretapi laju di dunia, robot yang sama seperti manusia dan lain-lain lagi.
Yang terbaru, Jepun telah menghasilkan surau bergerak. Projek surau mobil itu dicuba oleh Toyota Stadium di Tokyo pada hari Isnin yang lalu. Projek itu ingin menunjukkan sikap dan hospitality mereka terhadap orang Islam.
Projek ini dilancarkan untuk menyelesai masalah berkaitan kekurangan bilangan masjid terutama sekali untuk berdepan dengan beberapa upacara sukan yang agak besar akan datang.
Jepun akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Ragbi Dunia 2019 dan juga Sukan Olimpik 2020. Surau bergerak itu mengambil masa lebih kurang empat tahun. Dicipta di atas lori 25 tan, ia mempunyai base yang luas sehingga boleh memuatkan 50 orang dalam satu masa. Surau mobil itu juga dilengkapi dengan kemudahan mengambil air sembahyang dan kiblat.
Sumber: Youtube Press TV
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.