
Mungkin ramai yang tidak tahu Jepun adalah negara yang mempunyai masa terpanjang bekerja . Rakyat Jepun terpaksa pergi ke pejabat awal dan pylang lewat malam untuk menunjukkan komitmen pada syarikat.
Namun begitu, mereka tidak mendapat bayaran kerja lebih masa dari majika dan ini merupakan kewujudan fenomena karoshi – bekerja sehingga meninggal dunia.
Dan disebabkan perkara tersebut, kerajaan Jepun memulakan Kempen
Telework Day yang menggalakkan bekerja dari rumah bagi mengurangkan kesesakan pada pengangkutan awam dan juga mengatasi masalah karoshi.
Seramai 60,000 pekerja dari 90 syarikat swasta dan kerajaan mengambil bahagian hari ini.
Jepun menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik 2020. Selain itu, dengan menggalakkan bekerja dari rumah, kerajaan Jepun berharap kesesakan pada sistem pengangkutan awam dapat dielakkan ketika temasya berlangsung. Pada waktu yang sama kempen ini cuba mengubah tabiat kerja warga Jepun.
Kredit : Amanz.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.