Menggosok atau mengiron baju adalah antara kerja rumah yang kurang digemari oleh kebanyakkan kita kerana ia mengambil masa dan juga panas!
Dipetik daripada Vanilla Kismis, perkongsian oleh Anfee Baker dikatakan mampu memudahkan kerja menggosok pakaian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.
Bahan yang diperlukan adalah aluminium foil, pengalas papan seterika (iron board) dan kain.
Seterusnya, lekatkan aluminium foil pada iron board dan ratakan.
Tutup aluminium foil dengan kain pengalas, dan kemaskan dengan stapler.
Siap!
Aluminium foil berfungsi sebagai pengalir baha dan ia akan memanas pada kedua-dua bahagian serentak, tanpa memerlukan kita menggosok pada kedua-dua bahagian.
Selamat mencuba!
Sumber: Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.