Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 Joe Biden Dan Naib Presiden Kamala Harris mengangkat sumpah di Capitol Hill, Washington DC, pada khamis.
Joe Biden, 78, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).
Dalam Pilihan Raya AS pada November lalu, Biden dilaporkan telah menang 306 undi elektoral dan lebih 77 juta undi berbanding Trump yang hanya memperoleh 232 undi elektoral dengan 72 juta undi.
Majlis angkat sumpah Presiden AS yang ke-59 ini dilakukan dengan penuh bersejarah, selain menyaksikan ia dilakukan dengan keadaan norma baharu ketika penularan pandemik COVID-19.
Manakala, Kamala Harris, 56 mengukir sejarah baharu sebagai wanita berkulit hitam dan berketurunan asia yang pertama memikul jawatan Naib Presiden AS, mengangkat sumpah di Bangunan Capitol, Washington D.C pada jam 11:42 pagi (waktu tempatan) atau 12:42 pagi waktu Malaysia.
Sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah di Capitol Hill, Kamala Harris mengeluarkan kenyataan pertamanya menerusi akaun Twitter rasmi @VP.
“Sedia berkhidmat.” Itu ciapan ringkas yang dikeluarkan olehnya.
Manakala menerusi akaun peribadinya, Harris memuat naik ciapan fotonya dengan kenyataan "untuk rakyat, sentiasa”.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.