Foto: Instragram
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali, tampil menegur tindakan aktivis dan peserta sukan tempur, Yusuf Azmi, yang didakwa menjejaskan imej sukan itu dengan aksi penuh drama dan gimik keterlaluan.
Beliau telah meninggalkan satu komen pedas di dalam hantaran influencer terbabit.
Jojo meluahkan rasa kecewa terhadap tularnya beberapa klip video yang memperlihatkan Yusuf Azmi berbalas kata dengan lawannya dari Indonesia menjelang kejohanan Warzone World Championship (WWC) yang dijadual berlangsung pada Disember ini.
“Kita up muaythai dari 0, pakcik datang bila dah hype pastu buat perangai bangang, sapa tak marah pakcik. Tolong lah pakcik, penonton bukannya takde otak nak percaya dengan gimmick sampah ni.
“Pakcik ni terpaling alim, tapi pakcik tak rasa budak budak yang tengok video macamni takkan terpengaruh ke, lagi lagi dengan kes-kes yang berlaku kat Malaysia sekarang ni,” tulisnya.
Tambahnya lagi, muay thai sepatutnya dijaga sebagai satu seni bela diri yang berdisiplin, bukan dijadikan bahan tontonan untuk menarik perhatian semata-mata.
Netizen turut bersetuju dengan kenyataan Jojo dan menganggap tindakan sesetengah individu yang menjadikan acara tempur sebagai bahan konten sensasi hanya mencemarkan semangat kesukanan sebenar.
“Benda ni bukan pasal glamor. Ini pasal maruah atlet dan sukan yang kita bina dari bawah,” ujar seorang pengguna di ruang komen.
Dalam pada itu, Jojo turut meminta Yusuf Azmi untuk melihat dengan gambaran yang lebih luas berkenaan sukan profesional ini dan bukan mengganggap ia sebagai satu hiburan semata-mata.
Setakat ini, Yusuf Azmi belum memberikan sebarang respons terhadap komen tersebut, namun video kontroversi berkenaan terus menjadi bualan hangat di media sosial.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.