Kalau sebelum ini lagu Mengantuknya Mumia menjadi viral, Didi & Friends kini tampil dengan lagu terbaru mereka.

Lagu baru berjudul ‘Jom Lawan Coronavirus’, lagu tersebut telah dimuatnaik di YouTube pada 24 Mac menampilkan tiga langkah mudah untuk mencegah jangkitan COVID-19.

“Lagu berdurasi dua minit itu menyaksikan Didi, Nana dan Jojo serta rakan-rakan lain menari sambil menyanyi tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam memerangi virus dan bakteria merbahaya,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Setakat ini lagu tersebut sudah mendapat jumlah tontonan setengah juta bersamaan 4.5 ribu tanda suka.
Lagu ciptaan bersama composer terkenal, Omar K. itu mempunyai dua versi iaitu dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.