
Malaysian Mental Health Association (MMHA)
6th Oktober 2018, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil
1. Siapakah kami?
- Kami merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk menggalakkan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat dan menyediakan khidmat kesihatan mental kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.
- MMHA bergiat untuk menyebarkan kesedaran kesihatan mental, menghapuskan stigma masalah kesihatan mental dan cabaran salah tanggapan mengenai penyakit mental dalam kalangan komuniti.
- Kami juga menyediakan khidmat kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental (konsultasi dan terapi), rehab psikososial dan kemudahan penginapan kepada pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan daripada penyakit mental yang teruk. Kami juga menyediakan sokongan serta tempoh rehat untuk penjaga pesakit masalah kesihatan mental. MMHA juga menyediakan pendidikan korporat dan awam.
2. Mengenai Program
- Program ini akan dijalankan pada 6 Oktober 2018 bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun.
- Program ini akan diadakan di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil- bertentangan Universiti Asia Pasific.
- Terdiri daripada 2 komponen, Larian (5 dan 10km) dan karnival
3. Mengapa kami mengadakan program ini?
- Penglibatan komuniti
- Menggalakkan kesihatan mental dengan membina literasi kesihatan mental dalam kalangan komuniti. Literasi kesihatan mental: pengetahuan dan kepercayaan tentang penyakit mental yang membantu pengurusan dan pencegahan penyakit mental
- Kami percaya dengan memupuk literasi kesihatan mental yang lebih baik akan menyumbang kepada langkah pencegahan yang lebih efektif, pengesanan awal dan pengurusan masalah kesihatan mental yang lebih baik dalam kalangan komuniti.
- Sasaran peserta : Belia (18-40)
- Sejajar dengan slogan WMHD, ‘belia dan kesihatan mental dalam perubahan dunia’ dan ulang tahun yang ke-50 MMHA.
- Mempamerkan hubungan diantara syarikat korporat, universiti dan juga pertubuhan NGO.
4. Kenapa larian ini diadakan pada waktu malam?
- Malam melambangkan stigma dan kegelapan yang dikaitkan dengan topik kesihatan mental.
- Para peserta akan diberikan baju neon dan ‘glow bands’ untuk melambangkan aksi ‘Mari kami menyala kegelapan bersama-sama,’
5. Mengenai Karnival
- Tujuan utama karnival adalah untuk menggalakan penglibatan sosial
- Terdapat booth vendor dan booth informasi
- Booth vendor terdiri daripada gerai makanan, runcit dan banyak lagi.
- Booth informasi terdiri daripada booth kesedaran kesihatan mental, booth berasaskan pengalaman, pemeriksaan kesihatan mental dan banyak lagi.
6. Program Tentatif
5:00 ptg : Karnival bermula
7:30 ptg : Senaman ringan oleh Chi Fitness
7:45 ptg : Peserta berkumpul di tempat mula larian
8:00 mlm : Ketibaan tetamu kehormat
8:15 mlm : Pelepasan peserta (10km)
8:30 mlm : Pelepasan peserta(5km)
8:35 mlm : Zumba oleh CHi Fitness
8:35 mlm : Minuman petang kepada peserta
8:45 mlm : Sidang media
9:00 mlm : Tamat larian
9:15 mlm : Cabutan bertuah
10:00 mlm : Tamat acara
7. Tetamu kehormat: YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri Malaysia)
Untuk anda yang berminat ingin menyertai larian ini, sila daftar di www.ticket2u.com.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.