Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Mommy Daddy Kena Baca! Kajian Baharu Bongkar Risiko Plastik Pada Kesihatan Baby

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Sep 2025, 12:56 PM

mommy daddy kena baca! kajian baharu bongkar risiko plastik pada kesihatan baby

Foto sekadar hiasan

Plastik ni memang dah sebati dengan hidup kita. Dari botol mineral, straw, bekas bungkus nasi lemak sampai la ke mainan budak, semua ada plastik.

Nampak biasa je kan? Tapi kajian terbaru dalam The Lancet Child & Adolescent Health dedah, bahan kimia dalam plastik boleh bagi kesan jangka panjang pada kesihatan kanak-kanak. Malah, kesannya boleh terbawa sampai dewasa.

Apa Benda Kimia Dalam Plastik Ni?

Menurut pakar, ada tiga kumpulan bahan utama yang jadi ‘suspek utama’:

•⁠  ⁠Phthalates → Buat plastik jadi lembut & fleksibel.

•⁠  ⁠Bisphenols (contoh BPA) → Buat plastik lebih keras & tahan lasak.

•⁠  ⁠PFAS (per- dan polyfluoroalkyl substances) → Buat plastik tahan panas, kalis air & minyak.

Benda ni kita jumpa hari-hari, kadang tak sedar pun. Dari bekas bungkus makanan, botol minuman, kosmetik, sampai la resit kedai yang kita pegang lepas bayar barang.

Bahaya Bila Panaskan Plastik

Satu contoh mudah – bila kita panaskan bekas plastik dalam microwave. Masa tu, plastik boleh lepas keluar mikroplastik & nanopartikel halus yang tak nampak dengan mata kasar. Bahayanya, partikel tu boleh bercampur dengan makanan/minuman dan akhirnya masuk dalam badan kita. Kalau selalu terdedah, risiko kesihatan jadi makin tinggi.

Risiko Kesihatan Yang Serius

Kajian ni memang kasi amaran keras sebab banyak bukti dah tunjuk kesan kimia plastik ni:

•⁠  ⁠Ganggu hormon & fungsi organ utama → boleh jadi punca penyakit kronik.

•⁠  ⁠Kesan pada otak & saraf → kaitan dengan ADHD & masalah tumpuan.

•⁠  ⁠Kurangkan tahap kesuburan pada lelaki & wanita.

•⁠  ⁠Pengurangan IQ (ya, boleh menjejaskan kepintaran anak-anak).

•⁠  ⁠Naik risiko penyakit jantung, obesiti & diabetes.

•⁠  ⁠Kesan pada bayi → berat lahir rendah & gangguan perkembangan.

Senang cerita, plastik bukan sekadar masalah pencemaran, tapi betul-betul ancam kesihatan manusia.

Apa Kata Pakar?

Profesor pediatrik Leonardo Trasande dari NYU cakap, penemuan ni jelas menunjukkan plastik ada peranan besar dalam perkembangan awal macam-macam penyakit kronik. Dari kecil sampai besar, pendedahan ni akan beri kesan berterusan.

Dia sarankan kerajaan & masyarakat mula serius kurangkan penggunaan plastik harian, terutamanya yang bersentuhan dengan makanan.

So, Apa Kita Boleh Buat?

•⁠  ⁠Elak guna bekas plastik untuk panaskan makanan.

•⁠  ⁠Kurangkan beli air botol sekali guna.

•⁠  ⁠Pilih bekas kaca/keluli tahan karat untuk simpan makanan.

•⁠  ⁠Bawa beg sendiri bila shopping → kurang guna plastik sekali guna.

Kesimpulannya, walaupun plastik nampak ‘tak bahaya’ sebab kita dah biasa, realitinya ia macam bom jangka. Lagi awal kita sedar, lagi cepat kita boleh lindungi kesihatan anak-anak dan generasi akan datang.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us