Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tak Ada Masa Nak Pergi Gim? Kemas Rumah Dah Cukup Tingkatkan Tenaga! - Kajian

Kajian itu dibuat ketika sekatan COVID-19 yang membuatkan gimnasium ditutup pada waktu ini.
Editor
09 Mar 2021, 07:00 AM

Dengan keadaan pandemik ketika ini, mungkin ada orang masih teragak-agak untuk keluar dari rumah. Jadi badan mesti akan rasa lesu, nak pergi gim mungkin tak ada masa.

Tahu tak dengan membuat kerja membersih dan kemas rumah mampu meningkatkan tenaga dan kesihatan anda?

tak ada masa nak pergi gim? kemas rumah dah cukup, boleh tingkatkan tenaga dan kesihatan! - kajian

Menurut kajian dilakukan penyelidik dari Karlsruhe Institute of Technology (KIT) and the Central Institute of Mental Health (CIMH) in Mannheim, Jerman, penyelidik ingin memberi fokus kepada aktiviti harian seperti mengemas rumah.

Sepertimana yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, secara signifikannya, kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti seharian seperti membersih rumah, menaiki tangga atau berjalan kaki ke kedai dapat meningkatkan kesihatan.

Bahkan, penyelidikan itu dilakukan tepat pada waktunya dengan sekatan COVID-19 yang membuatkan gimnasium ditutup pada waktu ini.  

Menurut kajan tersebut, penyelidik menilai 67 individu selama tujuh hari dan hasil kajian tersebut mendapati bahawa kesemua 67 individu itu kelihatan lebih bertenaga selepas melakukan aktiviti harian tersebut (kerja-kerja di rumah, jalan kaki dan turun naik tangga). 

Seterusnya, penyelidik mengkaji 83 orang, menggunakan tomografi resonans magnetik untuk melihat bahagian otak mana yang banyak digunakan dalam aktiviti seharian itu. Mereka mendapati bahawa yang paling banyak digunakan adalah subgenual cingulate cortex, secara mudahnya, kawasan itu adalah di mana ia mengawal emosi dan daya tahan terhadap gangguan psikiatri.

tak ada masa nak pergi gim? kemas rumah dah cukup, boleh tingkatkan tenaga dan kesihatan! - kajian

Kesimpulannya, selepas melakukan aktiviti seharian, mereka yang terlibat dalam kajian itu berasa lebih bertenaga.

Penyelidikan itu juga menunjukkan bahawa menaiki tangga dan bukannya menaiki lif boleh memberi kesan positif kepada kesejahteraan mental - terutama bagi orang yang terdedah kepada gangguan psikiatri.

Bagi rujukan untuk masa hadapan, para saintis mencadangkan bukan kah baiknya jika penemuan ini dapat digunakan dalam aplikasi telefon pintar bagi mendorong pengguna supaya lebih aktif dan meningkatkan lagi kesihatan mereka.

tak ada masa nak pergi gim? kemas rumah dah cukup, boleh tingkatkan tenaga dan kesihatan! - kajian

Sementara itu, penyelidik juga dapat membantu mereka yang menderita akibat tekanan, kegelisahan bahkan kemurungan sejak bermulanya krisis kesihatan masyarakat.

“"Pada masa ini, kami mengalami sekatan kuat dalam kehidupan masyarakat dan hubungan sosial yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesejahteraan manusia.

“Untuk merasa lebih baik, mungkin lebih baik untuk banyak menaiki tangga," nasihat profesor Heike Tost, salah seorang penyelidik dalam kajian berkenaan.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }