Baru-baru ini, tular kontroversi melibatkan Siti Nur Atina kakak kepada YouTuber terkenal, Muhammad Asyiff Suhaimi yang menggunakan wang adiknya RM3,000 untuk kepentingan diri sendiri

Namun, dia menampilkan diri dan membuat penjelasan tentang bayaran RM7,000 yang diterima Muhammad Asyiff atau lebih dikenali sebagai Asif daripada Syahmi Sazli Production, RM4,000 telah diserahkan kepada bapa mereka.
Manakala yang selebihnya digunakan bagi menampung perbelanjaan keperluan adiknya itu.
“Baki RM3,000 simpan mana? Buat apa? Beli barang keperluan Asif, kadang-kadang aku kirimkan dekat sepupu rapat dengan Asif untuk beli makanan harian Asif.
“Setakat baki duit RM3,000 aku nak buat apa? Logik ke aku nak guna? Asif sekali pergi beli baju bukan sikit, pakai duit mana? Duit baki itu juga.
“Eh, maaf, aku siap tambah duit aku buat belanja Asif, kau rasa sejak bulan Februari bayaran masuk sampailah bulan Jun ini ada lagi ke baki itu?,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.