
Zaihani Mohd Zain yang merupakan pengulas serta pengkritik fesyen tempatan telah menaikkan kemarahan Netizen selepas dia membuat kenyataan yang berbaur kecaman terhadap tetamu berbadan besar yang hadir ke acara pertunjukan fesyen.
Dari status yang dimuatnaik di halaman Facebook miliknya, dia menyuruh agar mereka yang mempunyai berat melebihi 60kg agar tidak menghadiri acara sedemikian.
"Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payahlah datang, sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.
"It's so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!" tulis Zaihani di Facebooknya baru-baru ini.
Kenyataannya itu mendapat perhatian Netizen malah ada segelintir pereka fesyen tempatan yang kurang senang dengan kenyataan yang dibuat oleh Zaihani.
Calvin Thoo yang merupakan seorang pereka fesyen tempatan juga meluahkan rasa kurang senangnya. Dia berkata Zaihani tidak boleh menghalang sesiapa pun termasuk saiz badan mereka untuk menghadiri fashion show.


Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.