Ada tak yang pernah tertidur tanpa membuka kanta lekap terlebih dahulu. Kalau ada, sudah tiba masanya tabiat itu diubah kerana ia amat merbahayakan jika terlalu kerap dilakukan.

Menurut pakar mata, Dr. Inna Ozerov, terlalu banyak kes jangkitan kornea yang dirawatnya ada kaitan dengan tbiat tidur memakai kanta lekap.
Jelasnya lagi, risiko pada mata selain gangguan kesihatan lain untuk jangka panjang bakal menanti jika sering sekali tidur dengan kanta lekap.
Ini termasuklah pertumbuhan bisul pada kornea mata dan ia berpotensi merosakkan penglihatan memandangkan jenis organisme yang menyerang kornea mampu berkembang dalam situasi gelap, lembap dan pada tekanan oksigen rendah.

Pemakaian kanta lekap ketika tidur dapat memudahkan kerja mikro-organisme melekat pada lensa sehingga meningkatkan kemungkinan jangkitan.
Tanpa rawatan yang tepat dan teratur, jangkitan itu dapat menyebabkan jaringan parut kekal dan merosakkan penglihatan secara total.

Berdasarkan National Sleep Foundation, kekurangan oksigen yang mencapai kornea untuk tempoh 24 jam meningkatkan risiko rasa pedih pada mata.
Tidur dengan kanta lekap juga boleh membuatkan mata menjadi merah, menyebabkan pertumbuhan kutil pada kelopak mata dan jangkitan.
Sumber: Mstar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.