Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Anak Belum Pergi..Masih Kritikal di PICU, Bapa Terlepas Cakap Kerana Trauma” – Exco

ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 Jul 2025, 03:35 PM

“anak belum pergi..masih kritikal di picu, bapa terlepas cakap kerana trauma” – excoFoto: Threads

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dilaporkan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, Melaka, kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU), Hospital Melaka.

Mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan mesin pernafasan selepas disahkan mengalami kematian fungsi otak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin menjelaskan bahawa situasi yang menimpa keluarga mangsa amat memilukan.

Beliau turut memaklumkan bahawa kenyataan awal daripada bapa kanak-kanak tersebut yang menyatakan anaknya telah meninggal dunia dipercayai dibuat dalam keadaan emosi yang tidak stabil akibat tekanan dan trauma yang dilaluinya.

“Sejak hari pertama kejadian berlaku, si bapa telah menunjukkan tanda-tanda trauma dan kesedihan yang amat mendalam.

“Kemungkinan besar, beliau tidak dapat menahan emosi sehingga terlepas cakap bahawa anaknya telah meninggal dunia. Kita harap perkara ini tidak lagi diperbesarkan kerana keluarga tersebut sedang melalui detik yang amat sukar,” katanya kepada media selepas melawat mangsa di Hospital Melaka.

Beliau turut menjelaskan bahawa pasukan perubatan telah memaklumkan keadaan mangsa yang kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas kerana fungsi otak telah gagal sepenuhnya.

Menurut Datuk Kalsom, satu prosedur perubatan akan dijalankan ke atas mangsa pada keesokan harinya bagi menilai keadaan sebenar serta menentukan langkah rawatan yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Beliau juga menzahirkan rasa simpati dan sokongan kepada kedua ibu bapa mangsa yang dilihat tabah menghadapi ujian berat ini.

“Kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu memohon agar isu ini tidak terus dibangkitkan. Mereka lebih mengharapkan doa daripada orang ramai agar diberikan keajaiban oleh Allah SWT dan anak mereka kembali pulih,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan bahawa si bapa kini reda dengan segala ketentuan yang berlaku, namun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan trauma itu masih wujud. Dalam masa yang sama, beliau mengajak masyarakat menjadikan insiden ini sebagai iktibar, khususnya berkaitan soal keselamatan di kawasan kolam renang.

“Saya berharap agar semua pengusaha rumah inap dan fasiliti yang mempunyai kolam renang mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pengawal keselamatan atau ‘lifeguard’. Anak-anak kecil biasanya sangat teruja apabila melihat kolam dan mereka bertindak pantas tanpa dapat dikawal. Dalam kes ini, mangsa dilaporkan tiba-tiba memasuki kolam dewasa dalam sekelip mata,” jelas beliau.

Sementara itu, sebelum ini sebuah laporan menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki berkenaan telah disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 16 jam bertarung nyawa di PICU. Perkara tersebut dikongsikan oleh bapanya sendiri menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya sekitar jam 3.30 pagi.

Dalam video tersebut, bapa mangsa meluahkan kesedihannya sambil memohon doa daripada orang ramai agar roh anaknya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Beliau juga memaklumkan bahawa jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian.

“Doakan agar anak kami ditempatkan bersama orang-orang beriman. Allah lebih menyayanginya. Kami mohon doa agar segala urusan dipermudahkan. Sekiranya tiada halangan, jenazah akan dibawa pulang ke Taman Rinting untuk dikebumikan di sana,” katanya dengan penuh sayu menerusi hantaran tersebut.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us