Perasan tak kanak-kanak hari ini memang sukar nak dipisahkan dengan gajet? Walaupun sebahagian yang ditonton di telefon bimbit tu merupakan kandungan yang sama dengan TV, diorang tetap pilih telefon.
Laporan terbaru modul Kawalan Ibu Bapa oleh syarikat pembangun dan penyedia sistem keselamatan siber serta anti virus, Kaspersky Lab mendedahkan aktiviti online kanak-kanak di seluruh dunia berdasarkan kajian dari Jun hingga pertengahan Ogos lalu menunjukkan, kanak-kanak lebih cenderung menonton kandungan video dan mendengar muzik di YouTube daripada menghabiskan masa di media sosial.
Selain itu, golongan cilik ni juga suka menonton TV dan kanak-kanak lebih muda memilih saluran Nickelodeon, Cartoon Network dan Disney. Mereka juga mengunjungi laman berita seperti BBC, CNN dan BuzzFeed dengan lebih kerap selain menghabiskan masa menyemak status dan skor terkini Piala Dunia FIFA 2018.
Jangan tak percaya, mereka juga menggunakan perkhidmatan penstriman seperti Spotify, Soundcloud dan iTunes untuk mendengar lagu dan genre pilihan pula adalah rap!
Kredit: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.