Ramai orang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kecantikan. Sehingga beranikan diri membeli dan memakai kanta lekap murahan yang di jual dalam talian, pasar malam mahupun butik kecantikan.
Memetik perkongsian Public Health Malaysia, Malaysian Optical Council telah melaporkan, hampir setiap bulan pasti ada kes kebutaan melibatkan komplikasi akibat penggunaan kanta lekap.
Produk kanta sentuh murahan ini tidak diketahui sumber dan kualiti penghasilannya. Ada yang dihasilkan tanpa pemantauan kualiti yang menyebabkan permukaannya tidak sekata.
Ini boleh menyebabkan pemukaan mata tercalar. Kuman akan masuk ke permukaan mata yang tercalar dan menyebabkan ulser.
Semua penggunaan kanta lekap perlu dipantau oleh ahli optometrist yang berdaftar. Walaupun kanta lekap tidak mempunyai “power”, mereka perlu lakukan pemeriksaan untuk mengetahui kesesuaian mata dan produk untum penggunaan yang selamat.
Jika anda ingin berangan memiliki mata kebiruan, lebih baik membeli kanta lekap di optometrist lebih selamat berbanding kanta lekap yang murah tetapi boleh memudaratkan.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.