Tiga pelukis mural menarik perhatian rakyat Malaysia apabila mereka menghasilkan karya lukisan potret pemimpin negara. Namun, negara dikejutkan lagi dengan berita menyedihkan apabila karya seni di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 telah diconteng.
Insiden vandalisme yang disembur dengan cat merah yang memaparkan kata-kata kesar telah menyebabkan keseluruhan dinding tersebut dicat semula dengan warna putih.
Menurut Muhamad Firdaus Nordin, salah seorang pelukis mural tersebut, beliau dan rakannya mengakui perasaan sedih itu sudah tentu timbul dalam dada apabila hasil seni mereka telah dicemari dan harus dipadam sepenuhnya.
Bahkan, beliau dan rakan-rakannya sudah menjangka lebih awal lagi ada kemungkinan hasil seni mereka akan dirosakkan tetapi tidak sangka ia dicemari oleh pihak tertentu secepat ini.
"Tipulah kami tidak sedih tengok hasil seni titik peluh kami diconteng sebegitu kemudiannya dipadam sepenuhnya. Kami tidak diupah untuk melukisnya, tetapi dengan menyiapkan lukisan itu, ia sudah beri satu tahap pencapaian membanggakan yang tidak disangka-sangka kepada kami," katanya kepada Bernama.
Walaupun hasil seni mereka tidak dihargai oleh beberapa pihak tertentu, namun ini sama sekali tidak melunturkan semangat mereka. Malah, mereka tidak keberatan untuk melukis semula di lokasi yang sama.
Buat masa ini, satu perbincangan sedang dilakukan bagi mendapatkan kebenaran MBSA, termasuk siasatan terhadap pelaku vandalisme itu.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.