Hari perkahwinan adalah hari yang sangat indah dan dinanti-nantikan oleh bakal pengantin. Kasut yang dihiasi dengan berlian dan emas ini pasti akan melengkapkan lagi seri pengantin.
Dicipta khas menggunakan sutera Italian T. Rasso, dan dihiasi dengan 88.88 gram emas putih 18karat, dan 1188 biji berlian, kasut ini menempatkan namanya dalam Malaysia Book of Records sebagai kasut kahwin paling mahal di Malaysia.
Kasut bersaiz 4 inci tinggi ini yang direka oleh syarikat Lewré Bespoke dengan kerjasama syarikat barang kemas, Cartivia Italy, adalah khas untuk dipakai oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan Malaysia Book of Records, Gillian Ooi.
Dipetik daripada video yang dimuatnaik oleh laman The Malaysia Book of Records, Ooi berkata sebagai pengarah syarikat berkenaan, beliau ingin menjadi contoh untuk menggalakkan orang ramai untuk mencipta rekod.
"Sebagai pengarah, saya ingin menetapkan (sebagai contoh) untuk menggalakkan orang ramai memecahkan rekod."
Sumber: The Malaysia Book of Records
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.