
Foto Hiasan
Ramai pengguna di Malaysia masih menggunakan kata laluan yang mudah diteka, sekaligus mendedahkan diri kepada risiko penggodaman dan kecurian maklumat. Berdasarkan data daripada Nordpass, berikut adalah senarai 12 kata laluan paling biasa digunakan di Malaysia:
1. 123456
2. qwerty123
3. 123456789
4. qwerty1
5. 12345
6. abc123
7. password
8. 1234567890
9. abcd1234
10. Password
11. 1234567
12. sayang

Foto Hiasan
Mengapa Anda Perlu Tukar Kata Laluan Ini Segera?
Kata laluan seperti di atas mudah diteka kerana ia terlalu ringkas, bersifat umum, atau terlalu mudah ditebak oleh serangan automatik (brute force). Penggodam biasanya akan mencuba kata laluan-kata laluan popular terlebih dahulu sebelum beralih kepada teknik yang lebih kompleks.
Tips Membuat Kata Laluan yang Lebih Selamat:
* Gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
* Elakkan nama sendiri, tarikh lahir, atau perkataan mudah diteka.
* Panjangkan kata laluan anda sekurang-kurangnya 12 aksara.
* Pertimbangkan guna pengurus kata laluan (password manager) untuk menyimpan dan mencipta kata laluan unik bagi setiap akaun.
Jika anda dapati salah satu daripada kata laluan ini digunakan pada mana-mana akaun penting anda, kemas kini sekarang juga untuk mengurangkan risiko keselamatan!
Sumber: Nordpass
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.