Siapa selalu makan di kopitiam untuk sarapan pagi tahu betapa nikmatnya roti bakar disapukan kaya pandan disaluti dengan mentega. Fuh! Memang sedap! Dipadankan pula dengan teh atau kopi panas. Makan diawal pagi memang badan akan berasa lebih segar!
Haaaa, siapa yang teringin nak makan kaya pandan ala kopitiam tu, boleh buat kat rumah sahaja!
Cara membuat kaya pandan ini dikongsi oleh Fazelina Isa. Cara membuatnya memang mudah dan manis boleh ikut citarasa anda sekeluarga.
Bahan-bahan
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan diblend)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (ikut citarasa anda, kalau nak manis boleh tambah, kalau nak sedan-sedang boleh kurangkan)
1 kotak santan 200g
2 sudu susu pekat manis
3 sudu tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak
Cara-cara membuat
- Masuk semua bahan dalam periuk kecil.
- Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat.
- Bila dah nampak berkilat boleh tutup api
- Siap! Boleh terus sapu pada roti dan makan!
Buat banyak sekaligus boleh simpan dalam peti dan makan bila-bila masa. Ataupun boleh buat meniaga. Betul tak?
Selamat mencuba!
Sumber: Fazelina Isa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.