
Walaupun dikurniakan wajah yang tidak normal berbanding individu lain,seorang kanak-kanak lelaki dari Knoxville, Tennesee mempunyai sifat perasaan ingin tahu yang lebih mendalam di mana dia ingin tahu perasaan pembuli sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya.
Satu rakaman video menyayat hati itu memaparkan kanak-kanak lelaki itu meminta tidak dibuli lagi telah menarik perhatian pengguna Facebook dan Twitter. Dalam video itu, kanak-kanak lelaki bernama Keaton Jones bertanya kepada ibunya Kimberly Jones adakah sebab wajahnya yang lain dari kebiasaan merupakan punca dia dibuli? Hodoh sangatah hidung dan wajahnya itu? Tanya Keaton kepada ibunya.
Keaton juga bertanyakan soalan kepada ibunya mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan buli ini sebenarnya tidak elok,’ jelas Keaton.
Rakaman video itu telah dikongsi oleh ibunya, Kimberly Jones di Facebook dan sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih dari 20 juta pengguna.
Dalam video itu, Keaton memberitahu dia diejek kerana mempunyai wajah yang hodoh sehingga ada kanak-kanak yang membaling roti dan menuang susu kepada dirinya ketika waktu rehat di sekolah. Malah Keaton juga berpesan kepada rakan-rakan yang senasib dengannya agar terus bertahan.
“Jangan benarkan pembuli mengganggu anda. Saya pasti satu hari nanti, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya dalam keadaan penuh hiba menerusi video tersebut.
Rakaman video tersebut juga mendapat perhatian daripada selebriti Hollywood antaranya Snoop Dogg, Chris Brown, Patrick J Adams dan Miley Bobby Brown. Mereka memuatnaik video dan memberi kata-kata semangat kepada Keaton untuk tidak berasa kecewa dengan kelemahan yang terdapat pada dirinya malah ianya adalah suatu kelebihan untuk Keaton.
Sumber dari Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.