Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 Apr 2025, 04:15 PM

kebakaran paip gas di putra heights: kerugian dianggarkan rm65.4 jutaFoto: Kosmo

Kebakaran paip gas yang mengakibatkan kerosakan besar di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru di Putra Heights, Subang Jaya, berhampiran Shah Alam, dianggarkan menyebabkan kerugian sebanyak RM65.4 juta.

Memetik laporan Kosmo, perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, anggaran kerugian tersebut berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terhadap insiden yang telah merosakkan 437 buah rumah.

Kerugian ini merangkumi kos pendawaian semula di kawasan yang terjejas.

“Namun, dengan tindakan segera yang diambil oleh JBPM dan pasukan penyelamat, mereka berjaya mengelakkan kerugian yang lebih besar dengan menyelamatkan harta bernilai lebih kurang RM285.9 juta,” jelasnya dalam satu sidang media di Wisma Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut laporan media semalam, seramai 25 pegawai penyiasat kebakaran dari lima negeri kini sedang menjalankan penilaian akhir berfokus pada anggaran kerugian serta aspek keselamatan teknikal di kawasan yang terjejas akibat kebakaran paip gas tersebut.

Amirudin juga memaklumkan bahawa laporan polis mengenai kejadian diterima pada pukul 8.10 pagi, dengan pasukan bomba tiba di lokasi pada 8.22 pagi.

Penutupan saluran gas pertama dilakukan pada pukul 8.46 pagi, manakala saluran gas kedua ditutup pada pukul 11.46 pagi, dan api akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada sekitar pukul 3.45 petang.

Justeru, beliau berkata, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Selangor, Datuk Johary Anuar, telah dilantik untuk mengawasi keseluruhan proses pemulihan di kawasan tersebut.

Apabila ditanya sama ada kerajaan negeri akan memberikan bantuan untuk membina semula rumah yang rosak, Amirudin menjelaskan bahawa perkara itu akan ditentukan selepas anggaran kos pembaikan dibuat.

“Kami akan membuat penilaian terlebih dahulu mengenai kos untuk pembaikan atau naik taraf. Saya rasa Kerajaan Persekutuan juga komited untuk membantu dalam usaha pembaikan ini,” katanya.

“Namun, kami perlu menunggu penilaian yang mungkin mengambil masa dua atau tiga minggu. Bagi rumah yang dianggap tidak selamat, ia terpaksa dirobohkan,” tambahnya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us