Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kebersihan Telinga Dan Segala Apa Yang Ada Di Dalamnya

Sebenarnya ‘tahi’ telinga itu bagus untuk kebersihan telinga kita.
Editor
23 Apr 2020, 07:00 AM

Kita selalu dengar kata-kata seperti “patutlah tak dengar, tahi telinga tebal sangat!”. Kebershian telinga dikaitkan dengan ketiadaan tahi telinga. Tetapi betulkah pelakuan kita untuk membuang tahi telinga itu?

kebersihan telinga dan segala apa yang ada di dalamnya

Sebenarnya ‘tahi’ telinga itu bagus untuk kebersihan telinga kita. Ya, mungkin penampilannya menjengkelkan sesetengah orang, tetapi ia sangat penting bagi menghalang sebarang habuk dan kekotoran daripada masuk rongga yang lebih dalam. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan kuman.

Penggunaan terma ‘tahi’ atau ‘najis’ tidak membantu dalam membuang perspektif buruk terhadap ‘lilin’ telinga ini.

Hukum umum yang para doktor gunakan ialah, jangan memasukkan apa-apa ke dalam telinga anda kerana ia mungkin membawa lebih banyak bahaya daripada kebaikan. Sedikit jenaka yang selalu doktor gunakan adalah, jangan masukkan apa-apa objek yang lebih kecil daripada siku anda ke dalam telinga anda.

Walaupun menimbulkan rangasangan yang ‘best’ bila kita masukkan putik kapas kedalam telinga kita dengan tujuan untuk ‘membersihkannya’, ia sebenarnya sangat bahaya. Sekiranya ianya tajam, anda mempunyai risiko untuk mencederakan gegendang telinga anda. Walaupun ianya tidak tajam, anda hanya akan menyumbatkan lebih banyak lilin tersebut ke dalam telinga anda daripada mengeluarkannya. Kedua-dua situasi ini mungkin boleh menyebabkan kesakitan di telinga atau masalah dalam pendengaran anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya lilin telinga anda berwarna coklat, hitam, atau putih dan berkeping-kepingan kecil, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada telinga anda. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatanlanjut.

Badan kita mempunyai cara semula jadi untuk menyingkirkan lilin telinag yang berlebihan. Dengan mengunyah, kita sebenarnya menolak lilin telinga yang lama ke bahagian luar telinga, di mana ia akan mengeras dan terkeluar dengan sendirinya. Ya, mungkin ia kedengaran sedikit menjijikkan. Namun, sebagai langkah alternatif, anda boleh memebersihkan bahagian luaran telinga anda dengan putik kapas, tetapi hanya bahagian luaran sahaja!

Anda boleh berjumpa dengan mana-mana doktor dan mereka akan mengatakan perkara yang sama. Jangan masukkan apa-apa ke dalam telinga anda walau sesedap manapun rangsangan ketika kita korek telinga!

Sumber: WebMD

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }