Baru-baru ini, seorang pengawal keselamatan bertindak kasar ke atas seorang penghantar makanan sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat negeri Sabah.

Insiden tersebut mendapat perhatian orang ramai terutamanya orang Sabah yang berang dengan kelakukan yang dibuat terhadap penghantar makanan itu.
Lelaki yang lebih dikenali sebagai ‘Abang blazer merah’ itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial semalam.
Tindakan itu dilakukan kerana dia tidak mahu perkara tersebut terus tular sehingga mengganggu kehidupannya.
“Saya dikenali sebagai Abang blazer merah ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah atau pun sesiapa yang terasa atas percakapan saya seperti mana yang berlaku dalam video viral yang lepas.
“Saya tidak ingin perkara ini terjadi, saya juga tidak ingin perkara ini berlanjutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan. Saya minta maaf sekali lagi supaya benda ini tidak berpanjangan,” katanya.
Tambahnya, dia mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak termasuk rakyat Sabah.
“Saya tidak ada masalah dengan orang-orang lain, saya tiada masalah dengan orang-orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah. Terima kasih juga kepada semua orang yang membantu kes saya,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.