Kerajaan telah memberi kebenaran kepada tiga aktiviti perniagaan untuk terus beroperasi iaitu pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menurut sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.
“Setelah berbincang dan melihat bahawa tiada kluster-kluster baharu yang dihasilkan oleh ketiga-tiga aktiviti ini.
“Maka mesyuarat bersetuju untuk meluluskan pasar malam dibenarkan beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP yang ketat, antara jarak gerai dan gerai satu meter, laluan keluar masuk berbeza dan kawalan yang ketat oleh RELA,” katanya
Bagi kedai gunting rambut dan salun, ia dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, dan hanya dibenarkan perkhidmatan gunting rambut sahaja, perkhidmatan lain seperti rawatan muka tidak dibenarkan.
"SOP ketat iaitu petugas perlu pakai pelitup muka dan juga lebih baik jika ada face shield, dan apron pakai buang dengan sekali penggunaan," katanya.
Selain itu, pusat cuci kereta juga dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.