Rakyat Palestin kekurangan bekalan makanan dan semua kedai roti di utara Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api, air dan tepung.

Malah, mereka terpaksa bergantung dengan satu-satunya kedai roti yang ada di kawasan tersebut untuk bekalan makanan setakat ini.
Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), akses kepada roti di selatan Gaza juga menjadi terdesak.
“Satu-satunya kilang yang beroperasi di Gaza masih tidak dapat mengisar gandum kerana kekurangan tenaga elektrik dan bahan api,” katanya.
Memetik laporan Middle East Eye, sebanyak 11 kedai roti telah dimusnahkan sejak 7 Oktober lalu akibat serangan askar Israel.
Hanya satu daripada kedai roti yang mendapat kontrak Program Makanan Sedunia (WFP) bersama lapan kedai roti lain di selatan Gaza secara berselang-seli menyediakan roti ke tempat perlindungan, bergantung kepada ketersediaan tepung dan bahan api.
“Orang ramai beratur berjam-jam di kedai roti, di mana mereka terdedah kepada serangan udara,” tambah OCHA.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.