Siapa yang tidak pernah menonton kartun Crayon Shin Chan yang menemani zaman kanak-kanak di kaca televisyen.
Namun, berita duka datang dari industri hiburan Jepun, pelakon suara Keiji Fujiwara telah meninggal dunia.
Keiji Fujiwara yang melakonkan suara watak bapa kepada Shin Chan, Nohara Hiroshi dalam kartun Crayon Shin-chan telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat kanser.
Pemergian Fujiwara meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminat-peminat anime dan permainan video, memandangkan pelakon tersebut membawa watak-watak ikonik dalam banyak siri popular.
Fujiwara juga melakonkan suara dalam anime-anime yang terkenal seperti Ranma 1/2, Gundam, Rorouni Kenshin, bahkan beliau juga memainkan suara bagi watak Reno dalam permainan video popular Final Fantasy VII Remake yang baru beberapa hari dikeluarkan.
Pelakon tersebut dilaporkan meninggal pada 12 April, namun berita tentang pemergiannya baru diumumkan di media sosial semalam.
Sumber: kompas.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.