Gara-gara berang dikejutkan untuk bangun bersarapan, seorang suami didakwa menyimbah air panas ke tubuh isterinya.
Aly Ay, 28 didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas isterinya Rukiye Ay, 23, pada 9 Januari lalu.
Wanita itu dikejarkan ke sebuah hospital di Turki pada hari kejadian dan mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang tubuh.
Ketika Rukiye ditemui di hospital, dia berkata memang dia membawa sarapan ke katil sebagai kejutan, namun suaminya yang sedang tidur berang kerana dikejutkan.
Bukan itu sahaja, Rukiye berkata suaminya turut mengugut untuk menceraikannya.
Dalam kejadian itu selain tubuhnya yang cedera, air panas turut tumpah di atas kaki anak mereka yang masih kecil.
Lelaki tersebut ditahan polis sebelum dibebaskan dengan jaminan, sekaligus mencetus kemarahan orang ramai.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.