Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Erra Dan Ezwan Malu ‘Diusik’ Netizen Lakukan ‘Live’ Bersama

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Mar 2025, 11:29 AM

Pelakon dan pengacara, Erra Fazira dan jejaka yang dikatakan sedang dikenalinya, Ezwan Zain dilihat malu-malu setelah diusik netizen di ruangan komen ketika sedang membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.

Menerusi siaran langsung tersebut, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, dilihat bersama pengasas sebuah restoran yang terkenal dengan pelbagai hidang kuih muih sambil mempromosikan jenis kuih tradisional dan popular.

Bagaimanapun, sesi siaran langsung itu bertukar menjadi momen yang romantis apabila netizen mula meninggalkan komen mengenai hubungan mereka dan turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

erra dan ezwan malu ‘diusik’ netizen lakukan ‘live’ bersama

Foto: Tangkap layar video

Di pertengahan siaran langsung, Erra dilihat membaca semula pertanyaan netizen dan bertanya kepada Ezwan adakah dia buah hatinya, namun Ezwan enggan mengesahkannya.

"Tiada. Buah Melaka sahaja ada," katanya.

Malah, Ezwan juga kelihatan malu-malu apabila diusik netizen sehingga tidak berani untuk menunjukkan wajah yang penuh ketika siaran langsung itu.

Menerusi video dimuat naik seorang netizen dan kini meraih lebih 60,000 tontonan, Erra dan Ezwan difahamkan membuat siaran langsung itu pada 7 Mac lalu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan dan mengakui bahawa mereka berdua adalah pasangan secocok.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us