Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kekuatan Emosi Terjana Daripada Sistem Sokongan Yang Kuat

Apakah itu sistem sokongan peribadi?
Editor
18 Feb 2020, 11:00 AM

kekuatan emosi terjana daripada sistem sokongan yang kuat

Di dalam menepuhi kehidupan ini, tiada seorang manusia pun yang lari daripada perasaaan sedih dan putus asa. Akan tiba satu saat dalam hidup kita di mana kita rasa seolah-olah kita telah gagal dalam melangsaikan matlamat hidup sendiri.

Pada saat dan ketika inilah kita sangat-sangat memerlukan sistem sokongan yang kuat yang dapat memebantu kita dalam menempuhi dugaan emosi yang melanda diri ini. Apakah itu sistem sokongan peribadi?

Secara definisinya, sistem sokongan adalah kalangan individu yang betul-betul memahami kita dan sayang akan kita. Mereka akan berada di belakang kita, menyokong, dalam setiap keputusan yang kita buat di dalam hidup ini. Sistem ini adalah rangkaian sahabat handai, ahli keluarga atau juga rakan sekerja yang mementingkan kesihatan dan kebahagiaan diri kita. Mereka adalah individu yang bersedia untuk menolong kita di kala kita terkeliru dalam perjalaann hidup yang kita sendiri pilih.

Secara dasarnya, sistem sokongan ini boelh terpecah kepada banyak bahagian, daripada emosi, kewangan dan juga segala jenis bantuan yang dirasakan perlu. Keperluan setiap orang akan berlainan dalam setiap jangka umur atau situasi sosial yang mereka sedang hadapi. Sebagai contoh, seorang rakan yang baru sahaja melalui sebuah penceraian dengan pasangannya akan lebih memerlukan sokongan emosi dan peneman bagi mengelakkan kesuyian yang datang.

Lain pula keperluan mereka yang baru sahaja dibuang kerja. Mereka lebih memerlukan sokongan dari segi pendorong semangat dan juga sedikit kewangan sekiranya keadaan mereka agak tersepit.

Sebagai individu yang berada di dalam sistem sokongan, kita perlulah memebantu seperlunya dan juga sejauh mana yang kita mampu. Kita juga perlu memikirkan kesejagatan diri sendirio sebelum membantu orang lain. Bagi individu yang berada dalam situasi yang agakl sukar dalam hidup dan memerlukan sistem siokongan, janganlah kita berasa malu dalam meminta sedikit pertolongan daripada rakan atau kel;uarga. Pemendaman perasaan akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan. Tetapi, dalam pada masa yang sama, kita juga perlulah menghormati privasi orang lain.

Mempunyai sebuah sistem sokongan yang kuat dan saling memahami merupakan suatu keberuntungan bagi sesebuah individu. Tidak semua orang memepunyai kelebihan tersebut. Hal ini akan menjana kesihatan emosi dan mental yang lebih baik dan juga mengurangkan tekanan kerana kita mempunyai saluran untuk meluahkan segala apa masalah yang kita rasa tidak mampu untuk ditempuhi seorang diri.

Kita juga perlu ingat bahawa sistem sokongan kita juga manusia biasa. Kita perlumenghargai mereka dan menunjukkan yang kita hargai mereka. Sesungguhnya manusia ini adalh makhluk yang sosial dan suka akan penghargaan. Salah satu caranya adalah mengekalkan hubungan dengan mereka tanpa putus. Sentiasa bertanya khabar sama ada melalui panggilan telefon, mesej mahupun perjumpaan secara fizikal.

Jagalah hubungan bersama sistem sokongan anda supaya anda dapat mengharungi pancaroba kehidupan ini dengan penuh dorongan dan tidak berakhir dengan kesedihan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us