Seperti yang dilaporkan oleh The Speedtest Global Index, Malaysia kini berada ditempat ke-26 dunia yang mempunyai internet terpantas bagi jenis fixed broadband.
Data direkodkan dengan mengambil kira 10 lokasi berbeza dalam negara pada bulan lalu.
Secara purata, kelajuan download speed di Malaysia adalah sebanyak 61.97 Mbps dan upload speed sebanyak 44.40 Mbps.
Singapura mencatatkan kelajuan internet terpantas di dunia iaitu sebanyak 181.47 Mbps, diikuti Iceland (153.26 Mbps) dan Hong Kong (131.05 Mbps) bagi kategori fixed broadband.
Bagi rangkaian mudah alih (mobile), Malaysia berada di tempat ke-76 terpantas di dunia dengan kelajuan sebanyak 18.41 Mbps dan Norway masih berada ditempat pertama untuk kategori ini sejak beberapa bulan lalu dengan kelajuan purata 67.17 Mbps.
Sumber: The Speedtest Global Index
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.