Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kelantan Benarkan Ibadah Korban, Hadkan Lima Ekor Haiwan Sembelihan Satu Hari

Petugas penyembelihan tidak melebihi 10 orang
nura
02 Jul 2021, 03:38 PM

Kelantan membenarkan pelaksanaan ibadah korban, Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengikut beberapa garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Menurut Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata mengikut ketetapan, proses penyembelihan haiwan korban dibenarkan untuk dilaksanakan di rumah sembelih ruminan Kompleks Abatoir Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di tiga jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas.

kelantan benarkan ibadah korban, hadkan lima ekor haiwan sembelihan satu hari

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata pelaksanaan itu turut dibenarkan di masjid bandar, jajahan, mukim dengan kelulusan MAIK, bagaimanapun, aktiviti korban persendirian atau keluarga adalah tidak dibenarkan.

"Petugas penyembelihan bagi seekor ternakan ruminan besar (lembu atau kerbau) dalam satu hari hendaklah tidak melebihi 10 orang manakala lima orang bagi kambing atau bebiri untuk keseluruhan aktiviti termasuk melapah dan sebagainya.

"Jumlah haiwan sembelihan maksimum dalam satu hari dihadkan sebanyak lima ekor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tengku Mohamad Rizam berkata peserta ibadah korban tidak dibenarkan hadir dan mereka hanya perlu mewakilkan kepada penganjur bagi menyempurnakan akad dan wakalah.

Selain itu, kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, petugas yang berumur 70 tahun ke atas termasuk pesakit yang berisiko tinggi dan berpenyakit kronik juga tidak dibenarkan hadir di kawasan ibadah korban.

Tengku Mohamad Rizam berkata, individu yang berada dalam tempoh kuarantin akibat COVID-19 yang mempunyai suhu badan 37.5 ke atas atau bergejala juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti dan perlu dirujuk kepada klinik kesihatan berdekatan.

"Penjarakan fizikal sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mesti diamalkan dan elakkan 3S (sesak, sempit dan sembang dekat) selain petugas korban wajib memakai pelitup muka.

"Dari segi agihan, ia akan dilaksanakan oleh petugas secara langsung kepada peserta yang mengambil bahagian dengan kehadiran peserta, jumlah kehadiran dan masa ditentukan oleh penganjur tertakluk kepada keluasan kawasan dan elakkan 3S," katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.