Baru-baru ini, hasil laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail telah melaporkan Kelantan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia.

Menurut perkongsian di laman Facebook miliknya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud bersyukur apabila negeri Kelantan mendapat laporan tersebut.
“Kelantan tangga kedua negeri paling selamat di Malaysia. Kita bersama membina Kelantan Maju Rakyat Sejahtera, insya-ALLAH,” katanya.
Menurut kenyataan tersebut, Sabah mencatatkan indeks jenayah paling rendah dengan skor 95, menjadikannya negeri yang paling selamat di negara ini pada tahun 2023.
Kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan dengan indeks jenayah 96, manakala Terengganu berada di tangga ketiga dengan skor 100.
Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail, tahap jenayah di Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 3.2 peratus tahun lalu, dengan indeks jenayah keseluruhan yang melibatkan kes serangan dan jenayah harta benda naik kepada 52,444 kes berbanding 50,813 kes pada tahun sebelumnya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.