Siapa yang pernah makan Portugese Egg Tart memang tahu betapa lazatnya pencuci mulut ini. Lagi-lagi kalau melancong ke Macau, memang wajib kena cuba kalau jejak ke sana.
Bagi yang teringin nak makan tart, tak payah risau - boleh buat sendiri dan silap-silap lebih sedap daripada yang dijual di Macau tu.
Boleh ikut resepi ini dan betul-betul noleh nikmati kelazatan Egg Tart ini!
Bahan-bahannya:
A. Doh tart
1 kilogram tepung kek
15g garam
560ml air
800g mentega
B. Isi tart
500ml susu
500g whipping cream
250g gula
15g tepung kek
20 biji kuning telur
Cara-cara membuatnya:
- Campurkan tepung, garam dan air dan gaul selama 7-8 minit. Apabila sudah menjadi doh, simpan dalam peti sejuk selama sejam
- Keluarkan doh daripada peti ais dan bentukkan menggunakan mentega; simpan kembali dalam peti sejuk selama tiga jam.
- Tekan pastri dengan ketebalan 0.5-0.6cm, gulungkan menjadi bentuk bulat dan simpan kembali dalam peti sejuk.
- Potong pastri yang telah dibentuk dengan ketebalan 3cm dan masukkan dalam acuan tart.
- Panaskan susu, krim dan sugar, apabila sudah sebati tambahkan tepung, mentega dan masak selama dua minit. Biarkan ia sejuk.
- Sesudah itu, tambahkan kuning telur dan gaul rata sebelum dituang ke dalam acuan tart. Bakar selama 20 minit dengan suhu 260 darjah celcius.
Sumber: KUALI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.