Foto: Tangkap layar video Facebook
Seorang pendaki mencuri perhatian ramai apabila mendakwa merakam kelibat misteri menyerupai figura berpakaian seperti pahlawan lama ketika mendaki secara solo di Bukit Jugra, Banting.
Menerusi perkongsian video oleh pengguna Threads bernama Bamjat, kelibat tersebut muncul secara tidak sengaja ketika beliau merakam rakannya yang berada di hadapan. Ketika itu, beliau mendaki seorang diri dan menyatakan tiada sesiapa pun di belakangnya.
“Pagi tadi saya naik bukit seorang diri. Saya sengaja rakam untuk cari Kak Mala yang berada di hadapan. Saya di belakang dan memang tak ada sesiapa pun di belakang.
“Tapi bila tengok semula video, tiba-tiba nampak macam ada seseorang dekat belakang. Lepas beberapa saat, terus hilang,” katanya dalam hantaran tersebut.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya mengakui Bukit Jugra sememangnya dikenali dengan kejadian-kejadian mistik.
Seorang pengguna, Niyahshahj, menulis: “Bang, saya orang Banting pun tak berani nak naik bukit tu sama ada pagi atau petang. Dah pernah kena ganggu masa pergi situ.”
Shalizaaziz pula berkongsi pengalaman rakannya: “Kawan saya pun pernah kena. Mula-mula dia rasa macam ada orang ikut dari belakang, tapi bila dia laju ke depan, orang tu hilang.”
Sementara itu, ada yang memuji keberanian Bamjat mendaki seorang diri di kawasan yang dianggap menyeramkan.
“Fuh, kau memang kental bang, mendaki Bukit Jugra ini. Seram tempat tu. Semoga sentiasa dilindungi,” komen Amirul Asyraf.
Tidak kurang juga yang menasihati agar lebih berhati-hati ketika berada di kawasan hutan, khususnya dalam aspek memanggil nama individu secara kuat.
“Lain kali dalam hutan jangan jerit panggil nama orang, takut benda lain pula yang sahut,” tulis Iamleez.
“Kalau cari kawan dalam hutan, sebut ‘woo’ atau ‘yuhuu’ je, jangan sebut nama,” pesan Aalia Nazar.
Insiden ini menambah lagi koleksi kisah misteri yang sering dikaitkan dengan Bukit Jugra, yang sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi yang mempunyai aura ‘keras’ dan menyimpan banyak kisah tidak terungkai.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.