Seorang pencuri bertindak menggunakan selimut untuk mengelakkan dirinya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) Surau Kampung Indah, Bahau, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Kejadian itu berlaku melibatkan seorang warga emas, Abdul Rahman Salimap yang menyedari begnya tiada dan kehilangan dokumen penting termasuk kad bank serta wang tunai RM150.
Dia baru sedar selepas beg silang miliknya di curi lelaki ‘berselimut’ ketika solat subuh, di surau itu.
Video rakaman CCTV yang tular di laman media sosial jelas memaparkan seorang lelaki dilihat masuk ke dalam surau dengan menutup muka dan badannya menggunakan kain dipercayai selimut.
Beg silang di bahagian tepi surau berjaya diambil pencuri sebelum keluar daripada surau tersebut.
Pelbagai barangan penting juga hilang seperti kad bank, lesen memandu, kad pengenalan serta beberapa dokumen lain.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, beliau mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sumber: Bernama / Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.