
Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang wanita parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk dua lori membawa muatan batu di Lingkaran Tengah Seremban berdekatan stesen minyak, tengah hari tadi.
Menurut Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan I (KUP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Hamlan Ishak, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.
"Bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang maut dengan bantuan kren kerana tersepit di bawah lori,” ujar beliau.
Hamlan berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini.
Sumber: BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.