Baru-baru ini, penduduk sekitar dikejutkan dengan penemuan beberapa ekor ikan tapah bersaiz gergasi di Manir beberapa hari lalu.
![kemunculan ikan gergasi di manir timbul tanda tanya?](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets2/special/basslinesinar-transparent/d3_26.jpg)
Malah, mereka berpendapat kemunculan ikan itu dikaitkan dengan kemungkinan banjir besar.
Ikan-ikan tapah yang dianggarkan seberat mencecah 10 kilogram setiap seekor itu berjaya ditangkap penduduk setelah dihanyutkan banjir dari limpahan Sungai Nerus.
Menurut Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Amirrudin Ahmad, beliau berkata kemunculan ikan tapah bersaiz gergasi tersebut tidak boleh dianggap sebagai petanda malapetaka bakal berlaku di negeri ini.
Tambahnya, tiada dapatan sains boleh mengaitkan kemunculan ikan bersaiz mega sama ada di sungai mahupun laut sebagai indikator berlakunya banjir besar.
Orang ramai dinasihatkan tidak terlalu panik dengan kemunculan ikan-ikan tapah gergasi dan tidak membuat spekulasi sendiri tanpa selidik fakta dahulu.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.