Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nak Awet Muda? Amalkan Je 5 Tumbuhan Ni

Kulit cantik, badan pun bebas penyakit.
Editor
09 Feb 2018, 11:27 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Herba semulajadi banyak khasiatnya untuk kesihatan. Herba dipercayai turun temurun untuk mengatasi ketidakselesaan tubuh. Anda selalu sebut nama-nama herba ni, sejauh mana anda mengenalinya?

#1 Lempoyang

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Shutterstock

Sekali imbas bentuknya seperti halia dan pokoknya pula tak ubah seperti bunga kantan. Lempoyang atau nama saintifiknya zingiber zerumbet, turut dikenali dengan nama awapuhi, halia hutan, bitter ginger, halia syampu dan pinecone ginger.

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Wikipedia

Bunganya cantik dan boleh mencapai ketinggian antara 30cm hingga 50cm dari tanah. Sama seperti halia, lempoyang membiak melalui rizom dan pecahan rumpun. Rizomnya digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera untuk pelbagai masakan, pati rizom pula digunakan dalam perubatan herba.

Lempoyang digunakan untuk merawat kanser di peringkat awal, membersih serta mencantikkan kulit wajah, menambah selera, atasi sesak nafas, bau badan dan salah satu bahan air rebusan mandian wanita lepas bersalin untuk memberi kesegaran dalaman dan luaran.

#2 Cekur

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Shutterstock

Cekur atau kaempferia galangal turut dikenali dengan nama kencur. Sama seperti lempoyang, cekur juga sejenis herba daripada keluarga halia. Terdapat beberapa variasi cekur seperti cekur merah, cekur betik, dan cekur hitam yang dibezakan dengan bentuk dan warna daun.  

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Shutterstock

Selain digunakan dalam masakan, cekur dijadikan bahan rawatan alternatif untuk penyakit batuk kering, bronkitis, sakit tekak, batuk, selesema dan digunakan wanita baru bersalin untuk mengecutkan rahim dan membuang angin. 

#3 Temulawak

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Shutterstock

Ramai yang mengenalinya dalam bentuk krim, tumbuhan dengan nama saintifik curcuma xanthorrihiza roxb yang cukup terkenal di Indonesia ini boleh mencapai ketinggian 122cm!

Selain digunakan sebagai rawatan sembelit, untuk kecantikan kulit muka, temulawak juga bersifat anti fungi, anti bakteria, penahan sakit, melindungi hati, merendahkan kolesterol, anti radang, anti oksida dan meningkatkan imunisasi badan.

#4 Habbatus Sauda

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Wikipedia

Habbatus Sauda atau nama saintifiknya nigella sativa, juga dikenali sebagai jintan hitam. Tumbuhan dengan ketinggian 20cm hingga 30cm ini sering ditemui di selatan dan barat daya Asia. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga halus berwarna putih dan biru pucat dengan lima hingga 10 kelopak, daunnya halus dan buahnya bersaiz besar yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel, setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan.

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Natural Life Energy

Bijian habbatus sauda diproses sehingga mengeluarkan minyak dan diminum untuk kesihatan. Habbatus sauda mempunyai rasa pedas dan sedikit pahit, mengandungi asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, timokuinon, timohidrokuinon dan timol selain kaya kalsium, serat, zat besi, kalium, protein, karbohidrat dan lemak. Bersifat tahan sakit, tahan kekejangan, anti kulat, anti kanser, antioksidan, anti bakteria dan anti radang.

#5 Halia Bara

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Kredit: Wikipedia

Halia bara, halia merah, halia udang atau nama saintifiknya Zingiber officinale var. rubrum theilade. Halia ini mempunyai rizom lebih kecil, warnanya kemerahan, isi kekuningan, lebih pedas dan baunya lebih kuat berbanding halia biasa. Daun pokok halia ini lebih kecil, panjang dan meruncing.

Halia bara banyak digunakan dalam perubatan herba dan jamu dan baik untuk wanita selepas bersalin.  Halia bara boleh bertindak sebagai anti bakteria, rawatan keradangan seperti sakit sendi dan kulit serta merawat ketidak selesaan perut.

Memang banyak kelebihan herba-herba ini, tidak hairanlah digunakan sejak zaman berzaman. Jika dahulu herba-herba ini perlu dipetik dan diproses, tapi kini lebih mudah untuk dipelehi. Hanya dapatkan Jus Nusantara Gold keluaran Almas Beauty, dan tersedia khasiat bukan sahaja lima herba ni, tetapi madu, delima, kurma, lada hitam, kunyit dan kulit kayu manis.

Jus Nusantara Gold diformulasikan daripada ibu pati herba dengan bahan-bahan terbaik dan sesuai diamalkan semua peringkat umur seawal usia enam tahun setiap hari secara konsisten. Pastikan juga anda amalkan gaya hidup sihat dengan senaman dan pemakanan seimbang!

ramai yang tak kenal 5 tumbuhan herba popular ni!

Apa tunggu lagi?  Dapatkan Jus Nusantara Gold sekarang di ejen dan stokis sah atau di toko jamu berhampiran anda. Layari laman web, Instagram, Facebook atau hubungi 019 212 2005 untuk info lanjut tentang khasiat dan kebaikan Jus Nusantara Gold serta untuk pembelian.

Jus Nusantara Gold, penghulu segala produk. Dengan tiga kali ganda keberkesanannya!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us