Kami nak berkongsi dengan anda tentang potensi diri melalui tarikh lahir. Jom kenali potensi diri anda melalui tarikh lahir seperti yang dikongsikan oleh saudari Nur Aliah Mohd Nor.
Sebagai Usahawan Hebat Kita Kena Tahu Rahsia Potensi Dalaman Diri Kita Ni.
.
Nak tahu tak, dulu Lia ingat partner bisnes Lia ni jenis tak dengar cakap, rupanya..
.
Partner bisnes Lia ni kalau Lia tegur atau bagi nasihat je mesti dia taknak dengar. Kadang kadang tu makin Lia tegur makin dia buat taktahu.
.
Rupanya Lia silap!
.
Biasanya, bila Lia bagi nasihat pada staff yang jenis AUDITORY ni memang akan dengar cakap Lia sebab mereka mudah faham bila kita guna perkataan.
.
Namun, lain pula dengan bisnes partner Lia ni, orangnya KINESTETIK. Orang kinestetik akan belajar melalui gerakan, emosi dan sentuhan. Selain itu, orangnya sangat senang dan cepat faham bila informasi nak bagi pada dia kena tunjukkan terus “contoh” supaya lebih jelas.
.
Contohnya, Lia nak dia rajin membuat simpanan emas setiap bulan, 1 gram 1 bulan. Kalau 10 bulan dah jadi 10 gram. Jadi Lia kena bagi dia pegang emas 10 gram supaya dia rasa bahagianya bila kita tukarkan duit kita menjadi asset emas. Nampakkan?
.
Jadi untuk hari ini Lia nak kongsikan ilmu yang sangat mahal kepada anda semua, iaitu namanya “Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir”.
.
Cara untuk kira tarikh lahir anda ialah dengan menambahkan semua angka dalam tarikh lahir anda, sehingga bagi dapat satu nombor yang terakhir. Contoh tarikh lahir Lia ialah 7/6/1992. Jadi cara nak kira :
.
7+6+1+9+9+2 = 34
3+4 = 7
.
Wow! Jadi Lia adalah orang nombor 7.
.
Sekarang giliran anda pula kira tarikh lahir anda di komen bawah ini ya. Selepas kira, jom kita tengok ciri-ciri gambar di bawah ini berdasarkan nombor anda.
.
Selamat mencuba dan cuba uruskan diri dengan cara mengenal diri ini. Semoga perkongsian Lia bermanfaat. Silakan #share dengan bahagia dan tag rakan-rakan anda yang lain juga tau. Terima kasih. ❤️
.
Nota : Jangan terlalu percaya ya, cukup sekadar kita ambil tahu.










Sumber dari Facebook Nor Alia Mohd Nor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.