Apabila sudah meningkat umur 20-an mesti, pergi mana-mana majlis mesti akan dengar kata-kata ini “bila nak kahwin” “dah jumpa jodoh ke” “lepas ni kita makan nasi minyak kamu la pula”. Kadang kala, perasaan rimas itu pasti akan timbul. Bukan tak nak kahwin, tapi mungkin jodoh tak ketemu lagi. Tapi sebenarnya ada juga sebab kenapa seseorang itu lambat naik pelamin.
- Jodoh tak sampai lagi
Ini memang pasti la jawapannya dan alasan utama sesiapa yang masih bujang. Tapi harus ingat, usaha dahulu baru boleh dapat apa yang diinginkan. Cuba usaha lebih sedikit, dengan izin Illahi mungkin anda dapat ketemu dengan jodoh yang sesuai.
- Terlalu memilih pasangan
Benda yang paling biasa la didengari oleh orang bujang, sebab pasangan tak cocok dengan dirinya. Sebab tak suka perangai pelik pasangan la. Sebab tak suka pekerjaan dia la. Macam-macam sebenarnya, tapi percaya tak kadang kala Tuhan bagi kita jodoh yang bukan idaman kita. Tapi sebenarnya mereka lah yang paling sesuai dengan diri kita ini.
- Putus cinta
Kadang kala ada yang putus cinta terus fobia dengan hubungan sampai tak percaya akan jodoh. Ada pula yang putus cinta dan masih lagi teringat-ingat dengan bekas kekasih mereka sehingga tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin.
- Obses dengan kerja
Individu yang kuat bekerja ni selalunya tidak memikir sangat soal kahwin ini. Mereka digelar sebagai individu yang bercinta dengan kerja mereka. Lagi-lagi jenis pekerjaan yang kena bertugas pada hari minggu dan balik lewat malam.
- Ingin kebebasan dan tidak suka dikongkon
Kehidupan bujang ini penuh dengan kebebasan, tak perlu beritahu sesiapa kita hendak ke mana ataupun minta izin ingin keluar dengan kawan. Dan ini juga merupakan alasan ramai orang bujang kenapa mereka tidak ingin berkahwin kerana kebanyakkan mereka takut hidup akan bakal dikawal oleh pasangan. Tetapi jika anda dapat seorang pasanagan yang memahami dan sentiasa menyokong segala keputusan, pasti perasaan dikawal itu tak akan pernah wujud.
Sememangnya perkahwinan itu benda yang indah dan juga dituntut oleh Islam. Dan memang apabila diri ini tidak bersedia, pelbagai jenis alasan yang akan diberikan. Tetapi setiap manusia pasti ada pasangan mereka, lambat atau awal sahaja.
Sumber: Remaja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.