
Sekirannya anda tiba-tiba merasakan tarikan kepada seseorang secara tiba-tiba, besar kemungkinan anda mempunyai hati kepada individu tersebut. Terma yang selalu digunakan adalah anda mempunyai ‘crush’. Tahukah anda sains di sebalik crush ini?
Terdapat perbezaan antara ‘crush’ dan hubungan romantik yang biasa. Berdasarkan seorang terapi di New York Amerika Syarikat, ‘crush’ ini pada kebiasaannya berakar daripada fantasi atau khayalan yang minda kita zahirkan dan tujukan kepada seseorang yang mirip dengan keinginan tersebut.
Fenomena ‘crush’ ini sangat menarik kerana pada kebiasaannnya seseorang memepunyai perasan terhadap ‘crush’-nya dengan sekelip mata. Tanpa memerlukan maklumat yang lebih mendalam terhadap seseorang itu. Berlainan dengan pasangan yang betul-betul berada dalam hubungan romantis, mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Kita membuat keputusan tentang pasangan kita pun berdasarkan pengalaman percintaan kita yang terdahulu. Berlainan dengan‘crush’ yang kita terus tertambat daripada pandangan pertama.
Walaupun terdapat perbezaan antara ‘crush’ dan pasangan romantis, tindak balas yang berlaku di dalam badan kita adalah hampir sama. Hal ini kerana dalam kedua-dua siutuasi berikut badan kita akan mengeluarkan hormon dopamin dan oxytoxin di otak kita yang berfungsi untuk memeberikan kita perasaan gembira. Sebab itulah apabila ‘crush’ kita balas mesej kita walaupun mesej biasa, kita punya gembira tu, melambung-lambung lebih tinggi daripada Everest.
Kita tidak dapat kawal diri daripada ter‘crush’ dekat seseorang, tetapi kita boleh lakukan sesuatu untuk elakkan perasaan terhadap ‘crush’ kita itu daripada berpanjangan. Hal ini adalah sangat mustahak lagi-lagi kalau ‘crush’ kita itu adalah seseorang yang tidak sesuai untuk kita. Sebagai contoh, orang yang sudah berkahwin, bos kita, ataupun seseorang yang sebenarnya mempunyai perangai yang tidak elok. Terkadang apabila kita ter‘crush’ dekat seseorang itu, kita tidak perasan yang sebenarnya perngai mereka itu tidak berapa elok.
Tetapi, situasi yang paling seronok adalah apabila kita dan ‘crush’ kita adalah dua individu yang ‘available’ dan sebenarnya suka antara satu sama lain. Tiada salahnya dan pada kebiasaannya memang daripada ‘crush’ ia akan menjadi perasaan yang lebih mendalam, lagi-lagi kalau cinta kita terbalas. Anda tidak akan tahu perasaan seseorang itu sekiranya anda tidak mencuba. Kuatkan semangat dan beranikan diri. Tetapi anda perlu sediakan mentak dan emosi anda untuk mendapat kedua-dua jawapan yang mungkin boleh berlaku. Sama ada cinta kita diterima atau tidak.
Sumber: Insider
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.