Siapa dekat sini hantu udang? Tidak kira masak apa, pedas ke tidak, semua kita balun. Masakan udang yang paling feymes semestinya udang sambal dan udang goreng butter nestum. Sekurang-kurangnya itu kegemaran kami lah.
Selalunya dalam masakan-masakan ini, terutamanya masakan Melayu dan Cina, kepala udang akan dibiarkan dan dimasak bersama dalam hidangan. Admin tak tahulah korang macam mana, tapi kami suka menyedut kepala udang apabila makan masakan udang ini. Pehhhh nikmatnya lain macam. Lagi-lagi kepala udang yang fresh dan penuh dengan jus.
Bagi masyarakat Melayu, rasanya tidak asing lagi memori sewaktu kecil dahulu ibu bapa kita melarang untuk makan kepala udang kerana dibilang “nanti jadi kurang pandai”, atau “itu makanan orang dewasa”. Betul ke? Tapi menjelang umur ‘dewasa’ kita pun dengan gahnya terus mencuba kepala udang jika ianya terrhidang. Pada awalnya kita akan rasa pelik kerana rasanya ada pahit-pahit sedikit. Tetapi, lagi banyak kita cuba, eh? Lagi sedap pulak!
Mungkin sebenarnya ibu bapa kita saja tak kasi kita makan kepala udang kerana mereka mahu makan kesemuanya. Hahaha.
Jika difikirkan balik, ada banyak sebenarnya makanan yang masa kecil dahulu ibubapa kita larang kita makan sebab “takut nanti tidak pandai”. Antaranya adalah air kopi atau Nescafe, kepala ikan, dan juga organ dalaman seperti hati, paru dan juga pedal.
Mungkin ada betulnya juga, sebagai contoh, kandungan kaffein di dalam kopi dan Nescafe tidak bagus untuk tumbesaran kanak-kanak. Tetapi tidakladh sebab kita teguk satu kopi ais kita terus menjadi pelajar tercorot di dalam kelas. Betul tak?
Kadangkala petua atau arahan orang tua-tua ini ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin kesan atau akibat yang disampaikan seperti jadi tidak pandai, atau nanti kahwin dengan orang tua, itu tidak betul, tapi ada baiknya kalau kita ikut sebenarnya.
Sumber: Penggemar kepala udang yang sebenarnya alah kepada udang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.