Pedal ayam adalah salah satu organ dalaman haiwan yang boleh kita makan. Walaupun tak semua menggemarinya.
Pernah tak anda terjumpa batu-batu kecil di dalam pedal ayam? Jangan terkejut kerana pedal ayam ada fungsinya.
Disebabkan ayam tidak mengunyah makanan yang dimakan jadi pedal ini berfungsi untuk menghancurkan makanan. Jadi, bagi membantu pedal melumatkan makanan ayam menelan batu-batu kecil ini dan ia kekal di dalam pedal.
Di dalam pedal, batu-batu ini akan berfungsi seperti gigi-gigi yang akan mengisar makanan menjadi ketulan lebih kecil. Jadi jangan terkejut sekiranya terjumpa batu-batu kecil di dalam pedal ayam yang dibeli di pasar.
Selain ayam, haiwan seperti burung, ikan, dan buaya juga mempunyai pedal. Pedal mereka juga kadangkala ada batu di dalamnya.
Sumber : Twitter Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.