Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Kenapa Proses Bedah Siasat Ambil Masa Berminggu Hingga Berbulan?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Aug 2025, 10:44 AM

kenapa proses bedah siasat ambil masa berminggu hingga berbulan?Foto sekadar hiasan

Proses bedah siasat atau post-mortem sering menjadi perhatian umum setiap kali berlaku kes kematian berprofil tinggi, khususnya yang melibatkan siasatan jenayah seperti kes bunuh. Namun, menurut pakar forensik, orang ramai perlu memahami bahawa prosedur ini bukan sekadar membuka dan memeriksa jasad, sebaliknya melibatkan pelbagai ujian makmal yang memerlukan masa panjang untuk disiapkan.

Bedah siasat lazimnya terdiri daripada dua fasa laporan. Laporan awal atau provisional report biasanya boleh disiapkan dalam tempoh 24 jam selepas pemeriksaan, dan hanya meliputi pemerhatian fizikal seperti kesan luka, pendarahan atau patah tulang. Namun, laporan penuh hanya boleh dikeluarkan selepas semua analisis makmal selesai dijalankan.

Antara ujian yang sering dilakukan termasuklah ujian toksikologi, histopatologi dan DNA. Analisis toksikologi sahaja biasanya memakan masa empat hingga enam minggu untuk kes mudah, manakala kes yang memerlukan pengesahan jenis bahan, dadah atau racun tertentu boleh mengambil masa lapan hingga 12 minggu. Sekiranya kes melibatkan bahan jarang ditemui atau keadaan jasad yang sudah mereput, tempohnya boleh menjadi lebih panjang.

Ujian histopatologi yang melibatkan pemeriksaan tisu organ juga memerlukan masa kerana setiap sampel perlu melalui proses pengawetan, pemotongan mikroskopik dan analisis terperinci. Menurut pakar, dalam kes yang rumit atau melibatkan pelbagai bahan kimia, laporan penuh boleh memakan masa sehingga tiga hingga enam bulan.

Di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, tempoh ini hampir sama. Maklumat daripada Kenosha County Medical Examiner dan San Diego County, misalnya, menyatakan bahawa laporan penuh untuk kes rumit boleh memakan masa empat hingga enam bulan sebelum dikeluarkan, bergantung kepada beban kerja makmal forensik dan bilangan ujian yang dijalankan.

Pakar forensik menjelaskan bahawa kelewatan ini bukanlah tanda wujud cubaan menyembunyikan sesuatu, sebaliknya demi memastikan bukti yang dikumpul sah digunakan di mahkamah. Jika proses dilakukan secara tergesa-gesa atau tidak mengikut prosedur, keputusan boleh dipertikai pihak pembelaan dan menyebabkan kes berisiko gagal dibuktikan.

Dalam konteks siasatan kes bunuh, tempoh siasatan penuh selepas bedah siasat boleh memakan masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan, bergantung kepada kerumitan kes dan bilangan sampel yang perlu dianalisis. Proses ini penting bagi memastikan setiap fakta yang dibentangkan di mahkamah mempunyai asas saintifik yang kukuh demi menjamin keadilan kepada semua pihak.

Sumber: Kenosha County Medical Examiner, Walworth County Medical Examiner, San Diego County Medical Examiner, National Center for Biotechnology Information (NCBI)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us