![[video] “korang suruh hon kan? hari ini aku buat!” pengguna jalan raya dah tak boleh sabar, serang kereta lawan arus dengan serangan bingit!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/untitled-design-13_10.png)
Foto: Tiktok (@daydayeric)
Sebuah perkongsian di Tiktok oleh daydayeric (@daydayeric) telah mendapat perhatian ramai, sehingga video nya turut dimuat naik di beberapa akaun media dari negara luar. Video yang mendapat jutaan likes dan ratusan ribu repost itu disertakan dengan kapsyen “Korang suruh hon kan? HARI INI AKU BUAT!”.
Perkongsian tersebut memaparkan beliau sedang memandu kereta menuju ke satu arah, muncul pula kereta lain daripada arah bertentangan. Kereta tersebut santai seolah-olah dia berada di jalan yang betul, walaupun hakikatnya ia sedang melawan arus!
Pemilik akaun yang berang kerana mendakwa ia bukan kali pertama terjadi hal seperti ini, langsung menekan hon kereta nya bertubi-tubi tanpa henti sehinggalah kereta yang melawan arus tersebut mengalah dan memberi laluan kepadanya.
Rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut kerana ramai juga yang pernah mengalami nasib serupa sewaktu lalu di jalan yang sama. Tindakan pemandu yang mementingkan diri dan sanggup melawan arus semata-mata untuk memendekkan perjalanan mereka ialah tidak wajar kerana ia mencetuskan kesesakan lalu lintas, di samping membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan kemalangan mungkin berlaku.
Ramai juga yang meminta agar pihak polis trafik memantau keadaan di situ lebih-lebih lagi pada waktu puncak, iaitu ketika ingin menghantar anak ke sekolah dan waktu balik dari sekolah antarabangsa yang berdekatan dan didakwa menjadi punca kejadian tersebut.
Sumber: Tiktok (@daydayeric)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.