Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini iaitu 2,593 kes, menjadikan jumlah positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,589 kes merupakan penularan COVID-19 dalam negara serta empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Selangor masih merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes diikuti oleh Johor (571 kes) dan Sabah (405 kes).
Namun, bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,126 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 100,578 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Dalam pada itu, beliau turut berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes.
Sehingga kini juga, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 141 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.