Kesihatan anak yang semakin merosot memaksa dirinya untuk memberhentikan anaknya daripada persekolahan.

Ibu kandungnya juga meluahkan rasa terkilan dan kecewa selepas terpaksa membuat keputusan sebegitu.
Menurut hantaran di laman TikTok Nisaa Haswan, anaknya Mohamad Nur Iman Ramadhani menghidap penyakit adrenoleukodystrophy atau gangguan saraf otak.
“Sedihnya hari ini pergi sekolah untuk memberhentikan Iman sebab dia memang tak boleh sekolah lagi. Kalau awak masih sekolah awak akan berada di sini.
“Berat tetapi kena teruskan juga. Semoga Iman ada rezeki untuk bersekolah semula,” katanya.
Tambahnya, anaknya Nur Iman sangat aktif di sekolah dan pernah menjuarai acara lumba lari di sekolah namun sekarang tidak dapat bercakap, mendengar serta telah hilang deria penglihatan.
“Sebagaimana ibu abah tidak pernah berputus asa, begitu juga awak Iman. Semangat dan kekuatan awak luar biasa,” tulisnya di kapsyen.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.