Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

23 Aktivis Global Sumud Flotilla Selamat Tiba di Kuala Lumpur

IDRUS, Husna Najwa
08 Oct 2025, 11:17 AM

23 aktivis global sumud flotilla selamat tiba di kuala lumpur

Foto: Astro Awani

Suasana penuh haru dan syukur menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi apabila seramai 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang disekat dan ditahan oleh tentera Zionis Israel akhirnya selamat tiba di tanah air.

Ketibaan mereka disambut dengan laungan takbir, doa dan air mata kegembiraan oleh ahli keluarga, rakan perjuangan serta aktivis kemanusiaan yang turut hadir memberi sokongan. Masing-masing tidak dapat menahan sebak apabila melihat wajah-wajah para pejuang ini yang baru sahaja melalui detik mencemaskan di perairan antarabangsa.

Menurut laporan, ratusan aktivis lain dari pelbagai negara turut ditahan oleh rejim Zionis selepas flotilla kemanusiaan itu diserang pada 2 Oktober lalu. Mereka kemudiannya dibebaskan secara berperingkat dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas tekanan antarabangsa semakin meningkat terhadap Israel.

Misi Global Sumud Flotilla kali ini membawa bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Gaza yang mengalami kebuluran secara paksa selama lebih dua tahun akibat sekatan kejam rejim Zionis. Namun, konvoi keamanan itu disekat secara kasar, tindakan rejim Zionis tersebut melanggar prinsip undang-undang maritim antarabangsa dan hak asasi manusia.

Sementara itu, pihak kerajaan Malaysia dan pertubuhan kemanusiaan menyeru masyarakat dunia supaya tidak berdiam diri terhadap kezaliman Zionis serta terus menyalurkan sokongan kepada rakyat Palestin yang terus dizalimi.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us